Tuesday, March 10, 2009
Dulu dan Kini............
Dahulu..saya seorang yang tidak tahu erti kecantikan,keanggunan atau apa sahaja yang berkaitan... bekerja pun di sebuah syarikat pembinaan.. tetapi selepas saya bertugas di sebuah syarikat kecantikan.. presepsi mula berubah.. begitu juga dengan penampilan. Kalau dulunya saya hanya mementingan gaya berpakaian tapi selepas tu saya mula cintakan penampilan wajah..bersolek,berhias....haha memang kelakar... saya bertugas sebagai seorang eksekutif ( Bussiness & Public Affair Exec.) ketika itu.. perlu bekerja di luar bertemu dengan orang ramai , selain dari menampilkan cara berpakaian .. solekan dan penjagaan wajah mula saya akui memainkan peranan yang amat penting sekali...... Ianya dapat meningkatkan daya keyakinan diri yang tinggi ketika berurus niaga...bermula dari situ mula tertanam cita cita yang sangat kecil... ingin memiliki pusat kecantikan dan andaman sendiri... saya mula belajar secara perlahan lahan.. saya mempelajari tentang pengetahuan produk (product knowledge) secara mendalam, tidak cukup dgn apa yang saya pelajari secara teori, saya mengambil keputusan untuk belajar secara praktikal,kerana minat yang begitu mendalam... dalam masa yang agak singkat saya berjaya menguasai pembelajaran dengan agak mudah..seperti rawatan wajah (facial),body treatment,mani/pedicure/lulur dan lain lain..saya juga mengambil kurus solekan secara berperingkat peringkat..... akhirnya.. disamping sibuk dengan tugasan di pejabat,saya juga dilantik sebagai tenaga pengajar di syarikat bagi pelabur pelabur baru disyarikat tempat saya bertugas. Wahhh... ini meningkatkan lagi kemahiran saya dari semua sudut..dan bertambah kuat azam untuk memiliki perniagaan ini sendiri. Saya mulakan secara sambilan pada hujung minggu...pakej pengantin secara kecil-kecilan..pendapatan yang saya perolehi... saya simpan untuk merealisasikan segala impian menjadi kenyataan...Siapa sangka kan... saya yang tidak berlatar belakangkan dalam bidang kecantikan... akhirnya menceburi bidang ini....jika tidak kerja asyik asyik dengan mesyuarat,lapuran mingguan,bulanan , tahunan dan macam macam lagi yang boleh buat otak beku.....AKHIRNYA saya meletakkan jawatan sebagai pengurus operasi... memang sukar untuk saya.....tetapi.... ini la yang saya mahu..... Yessss!!!!!!!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment